home about stuff link d.board tweet insta follow

Kawan :') //
15 November 2013 | 11:23 PG | 0 comments



Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak jadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara buruk dan sia sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan biasa di sekelilingnya. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan kerana kawan yang baik tahu apa yang paling terbaik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jiha faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika tidak menghargai kawan baik kita kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika tidak memberitahu perkara yang baik kepadanya kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan dan mengongsikan perkara baik terhadap kawan baiknya. 

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka suka tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapatkan kawan yang baik, kita mesti terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan kawan kita. 

Akhir sekali, semoga kita menjadi kawan baik yang baik :')


Drwsyh.mz