home about stuff link d.board tweet insta follow

Kadang kadang.....
04 April 2015 | 12:00 PG | 0 comments

CREDIT

Kadang kadang, hidup ni kejam. Sangat kejam. Kenapa orang yang paling kita sayang, orang yang paling rapat dengan kita, akan pergi dari kita? Pergi jauhkan diri dari kita. Kenapa bukan orang lain? Tapi, kita pun tak boleh nak kritik sangat benda macamtu. Allah dah rancangkan mana baik mana buruk untuk diri kita. Allah dah rancang yang "terbaik" untuk kita. Percayalah. Semua yang berlaku ada hikmah tak kira la sakit mana perih mana semua tu, ada hikmah. Allah nak uji kita.

Hanya Allah tahu betapa sakitnya bila kena berhadapan dengan bermacam macam ragam manusia dengan perangai yang perlbagai tapi takpa, Allah bagi kekuatan dekat kita. Kena banyak bersabar ja.

Mereka yang meninggalkan aku, aku anggap mereka adalah satu pengajaran untuk aku terus bangun & at some point in life, everyone leaves and we need to endure the pain and we will get through this. Insyallah.

Mereka yang cakap macam macam tentang aku, aku dah lama maafkan diorang even aku banyak sakit hati & kadang berdendam. Sebab aku malas nak hidup dalam kebencian, nanti aku juga yang sakit. Baik aku duduk diam diam dan abaikan semua tu & teruskan hidup aku macam biasa. Macam takda masalah.

Mereka yang mengabaikan aku bila aku susah, tak apa. Aku faham. Tak ada siapa yang mahu dekat dengan orang yang tak punya apa apa yang hendak dibanggakan, aku faham aku redha aku sedar.

Mereka yang maki hamun aku, kutuk itu ini, caci sindir perli aku sebab aku ini kurang sana sini, tak apa. Aku pun dah maafkan benda tu. Walaupun makan masa untuk aku maafkan dan lupakan. Sebab manusia mana ada yang sempurna. Tak apalah, biarkan mereka.

Mereka yang tipu aku dan ambil kesempatan ke atas diri aku, tak apa. Teruskan niat "murni" itu. Sampai bila bila aku ingat. Sampai mati pun aku ingat.

Aku dah maafkan, itu lebih dari cukup rasanya.

Tapi,

Aku tak akan lupa apa yang kau buat dekat aku,
Aku takkan lupa,
Tolong ingat ayat aku tu sampai mati.

Kau tak boleh datang dalam hidup aku,
Dan cuba untuk pura pura konon tak ada apa berlaku.

No, it's not going to happen.
I'm not a fool.
Keep my word in yr mind.

Aku tak akan pernah lupa mereka yang tinggalkan aku,
Aku tak akan pernah lupa mereka yang abaikan aku,
Aku tak akan pernah lupa mereka yang tipu aku hidup-hidup,
Aku tak akan pernah lupa mereka yang hina, caci & maki aku.

Jadi,
Jangan pernah datang dekat aku,
Dan pura pura kau ada masa aku perlukan kau.

Jangan pernah datang dekat aku,
Bila aku dah berjaya,
Bila aku punya semua,
Bila aku dah bahagia.

Apa orang buat dekat aku selama ni,
Aku diamkan, aku iyakan, aku sabar,
Sebab malas nak guriskan hati kau,
Sebab malas nak bergaduh macam orang bodoh.

Tapi,
Tunggu suatu hari nanti,
Jangan cakap "Sombongnya",
Masa aku dah berjaya satu hari nanti,
Kalau mulut sial kalau hari hari maki aku.

Okay?

Sebab aku tak akan pernah lupa,
Tak akan pernah lupa.

Ingat sampai mati.

life is full of fake and judgemental people. everyone leaves. life, it works like that. you have to take care of yourself. nobody is going to look after to you. when people are being mean to you, be patience. ignore them. just let them be. one day, they will know how great and awesome you are. remember, Allah is there for you. you could really depend on Him instead of depend on others. don't let anyone define who you are. just protect yourself and your heart. be bold in making decisions. don't lose hope. take care & stay strong. 



Drwsyh.mz