home about stuff link d.board tweet insta follow

Losing a bestfriends.
04 April 2015 | 1:28 PG | 0 comments

Assalamualaikum.

Okay, now aku nak cerita. Aku nak cerita ni bukan sebab nak minta simpati k. Aku saja nak cerita. Kadang kadang rasa tak tahan bila pendam semua masalah. Kenapa tak luah pada Allah? Boleh katakan aku luahkan tiap hari. Hanya padaNya. Ya, hanya Dia seorang. Aku mana ada teman untuk meluahkan rasa sakit dihati .

Tapi kali ni aku rasa macam nak kongsi dengan semua orang. Korang pun tau kan bila pendam lama lama masalah tu, buat hati rasa sakit, pedih. Macam memeluk pokok kaktus , lagi erat dipeluk , lagi sakit rasanya . Bahkan lebih pedih dari itu.

Tragedi yang buat aku sedih. Dua kali aku kehilangan kawan baik @ kawan rapat (lelaki). Buat selamanya. Allah sedang menguji aku :') Allah sedang menguji kemampuan hambaNya ini. Aku faham. Aku redha. Berserah.

Do you know that feeling when you lose yr partner in crime?

20 Oktober 2013 tarikh yang aku takkan lupa sampai bila bila. Tragedi berdarah. Kawan baik aku meninggal kena langgar kereta time otw nakpi buh minyak untuk ke sekolah. Macamni, pagi tu sepatutnya aku berpakaian sekolah siap siap dari alor setar nak balik sungai petani. Tetiba, kecoh depan rumah, jiran jiran bercakap kata ada accident depan taman, macam moto am (kawan aku), aku ni dengan baru bangun tidur nak bersiap dikejutkan dengan berita macamtu, apa lagi, aku berebut suruh mama bawakan ke depan tu dengan segera, berebut capai tudung. Bila sampai depan tu, aku kaku. Kaku ya amat. Air mata jatuh berderu bagaikan tidak percaya apa yang aku nampak depan mata. Kawan kawan rapat aku menangis. Darah banyak bergelimpangan dan nampak arwah am. Ya Allah, hanya Tuhan yang mengetahui lubuk hati aku yang teramat sedih, hanya Dia yang tahu apa aku rasa. Tunggu di situ sampai ambulans sampai, aku dan family pulang ke rumah & siap siap mandi siap pergi hospital tengok arwah. Dari pagi sampai arwah dikebumikan aku teman. Arwah dalam bilik mayat lepas post mothem pun aku masuk dengan family dia. Dengan tak percaya. Bila masuk bilik tu, aku nampak muka dia, aku nampak keadaan dia dengan jelas. Aku tak tahan. Aku lari keluar dari bilik tu, aku menangis. Sumpah weh sedih gila nakmati. Arwah kawan dengan aku dari kecik weh dari kecik, bukannya sehari dua. Dari kecik sampaikan malam terakhir aku nampak dia, aku gembira sangat. Dari kecik kami kawan, gaduh sama sama, main di taman permainan sama sama, pi terawih sama sama, lepak sama sama, main tuju kasut, main aci ligan, main mercun. Haih bila ingat ingat balik, sekarang umur aku dah 15. Sejak arwah takda, benda dah banyak yang berubah. Banyak sangat. Aku dengan adik dia dan yang lain dah tak rapat macam dulu. Dulu nak kemana pun sekali. Sekarang? semua hala tuju masing masing. Arwah merupakan seorang yang periang, baik, peramah dan suka bergurau dengan cara mintak topup. I'm gonna miss this word " Wey, share 2 ringgit // Wey topup dekat aku " . Hm. Apa apa pun, aku redha kerana arwah Muhd Iszham pergi dengan keadaan tenang dan diletakkan di golongan ahli Syurga kerana niatnya yang ingin ke sekolah untuk menuntut ilmu. 

Last but not least,
This year, aku hilang lagi seorang kawan baik aku. 
Buat kali kedua.

30/1/2015. Tak lama sangat pun weh tarikh dia tinggalkan aku. Arwah Muhd Aizat Aminuddin. Okay macamni, kalau nak diceritakan, aizat ni ada kembar, nama Amir, tapi lebih selesa dengan gelaran Amet. Amet ni abang. Aizat ni adik. Diorang kembar. Mak diorang dulu teacher english aku time aku still sekolah kat SK Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah. Diorang ni tua setahun dari aku. Tapi kami rapat sangat. Dekat sekolah selalu spend time sama sama. Makan sama sama, lepak sama sama, gossip sama sama & macam macam lagi la. Nak dijadikan cerita, aku terharu dengan sikap arwah. Time aku darjah 4, aku pindah ke Sungai Petani. Start situ aku lost contact dengan depa, yalah masa tu zaman mana maju lagi nak main wc nak twitter nak main insta bagai. Dulu layan fb ja. Almost 4 years aku lost contact. Then, one day in 2013 ka 2014 tah, si Aizat ni add aku di wc. Zaman ni dah maju la kan ada wc. Dia add aku cakap rindu aku. Dia add aku sebab dia nampak aku meronda dengan cousin aku one day tu. Dia panggil aku tapi dia cakap aku tak dengar mungkin sebab dia cakap aku ignore dia. Yes, its true. Serious tak perasan. Okay. Start dari situ kami rapat balik, siap berjanji nak lepak nak ronda sekali dengan dia. Yalah dah lama lost contact en. 

One day, aku tak berapa nak confirm tarikh tapi dalam 26/1 or 27/1 tah, aku dapat banyak berita. Ada yang kata dia kemalangan. Ada yang kata dia meninggal. So aku taktahu nak percaya mana satu. Sampaila aku berusaha cari id wc abang dia, Amet untuk confirm kan. Time aku dapat berita tu, aku tengah keluar dengan family gi makan di Nurul Ikan Bakar, Sungai Petani. Elok elok sampai depan kedai makan, aku dapat berita. Terus air mata aku jatuh, laju, laju sangat. Mood nak makan pun takda. Jadi takda selera. Aku kalut ajak mama abah semua balik alor setar semata mata nak tengok dia. Permintaan aku tak ditunaikan. Dia dimasukkan ke hospital sebab koma otak dia tercucuk besi penghadang jalan. Third day dia coma, mama cakap mama ada urusan di alor setar dan mama tanya aku nak ikut ka tak, boleh pi lawat dia sekali. Habis ja urusan mama, terus ke hospital, tengok dia. Bapak ramai lah melawat dia en. Nampak si abang tu, tapi aku tak berani tegur sebab si abang tu down gila time tu, so balik tu aku just wc & comfort si abang tu. Time di hospital, aku dapat berita cakap parents dia tak bagi kawan kawan masuk. So aku pun down. Then guard tu cakap kejap dia tanyakan parents aizat, aku cakap dekat guard tu suruh cakap aku ni kawan dan anak murid cikgu. Dengan alasan cemtu, aku dapat masuk. Masuk tengok dia dengan mama. Mama macam nak mengalir tengok si aizat. Aku diam. Lutut aku semua dah lemah semangat bila aku nampak dia. Dia tak sedarkan diri. Ada parents di sisi. Ayah dia time tu lepas habis baca yaasin & ibu dia (cikgu aku) belum habis lagi. Ayah dia bangun pergi tepi telinga dia cakap " Jat, ayah dah ampunkan segala dosa jat terhadap mak dan ayah. Ayah halalkan makan minum jat. Jat bangun la. Jat janji dengan ayah dengan amet nak pergi lawan futsal" Then air mata aku lagi laju jatuh.

Then mama pulak pergi tepi telinga dia, cakap " Assalamualaikum Aizat. Mak chik datang ni. Mak chik bawak darwisyah tengok jat. Darwisyah ada ni jat". Aku dah memang lemah semangat gila so aku pegang hujung katil. Nak sedekahkan yaasin dekat situ tak boleh sebab masa melawat dihadkan sebab ramai nak melawat so aku balik rumah aku bacakan. Lepas tengok dia, aku salam ibu dia, aku nak pergi bisik tepi dia cakap aku nak balik tapi aku tak mampu, aku tak kuat. Jadi aku minta izin dari ibu dia. Lepas habis melawat terus air mata aku tak berhenti. Kau bayangkan, lepas melawat terus otw balik sp. Dari Alor Setar ke Sungai Petani, air mata aku tak pernah kering.

Aku rasa lega. Bukan sebab apa, sebab hajat aku nak tengok dia time dia sakit tercapai termakbul. Aku bersyukur dapat melawat dia even sekejap sebab aku dikirakan beruntung sebab ada lagi ramai kawan kawan aku yang tak boleh nak masuk tengok dia. Beruntungnya aku.

Keesokkan tu, aku dapat tahu yang dua dua buah pinggang dia dah tak berfungsi. Dia lumpuh seluruh badan. Jantung dia lemah.

Hari kedua lepas aku melawat dia, aku dapat berita yang dia disahkan meninggal selepas ubat bius dia dah habis. 

Hari tu, aku menyesal sangat.
Menyesal sebab tak dapat nak teman dia lama lama.
Menyesal sebab tak dapat tunaikan janji aku dengan dia.

Hari yang aku dapat berita kata dia meninggal, aku ada dekat Langkawi. Hari tu hari kenduri makteh aku buat untuk mak tok aku sebab nak gi umrah. 

Aku gembira untuk mak tok aku sebab hajat dia nak gi Umrah tercapai. Tapi, aku kecewa untuk arwah Aizat sebab aku tak dapat nak teman dia dari awal sampai habis dia dikebumikan sebagaimana aku teman arwah Iszham. Sampai sekarang, kubur dia aku tak dapat nak jejak lagi sebab sibuk dengan sekolah tuisyen dan aktiviti kokorikulum. Insyaallah, suatu hari nanti aku nak pergi melawat Arwah Iszham & Arwah Aizat. Amin. Al-Fatihah.

Semoga arwah sahabatku ditempatkan dikalangan orang yang beriman lagi mulia di sisiNya. Semoga arwah arwah sahabatku di tempatkan di Syurga. Amin.


Drwsyh.mz