home about stuff link d.board tweet insta follow

"Dah jangan cari aku. Aku buat apa pun orang tetap tak suka"
25 April 2015 | 8:44 PTG | 0 comments

Assalamualaikum. 
Okay aku nak terus terang serba sedikit apa yang aku rasa selama ini. Tak salah kalau aku nak luahkan dekat blog aku ni. Sebab ni hak aku.Aku selalu bagi support dekat orang sekeliling aku. Aku selalu cakap benda yang boleh membahagiakan orang sekeliling aku yang tengah bersedih. Argh lantak la. Ok, kita sambung. Hidup aku jadi macam mana pun aku tak kisah janji aku boleh baiki hidup orang. Apa pun jadi dekat aku, aku terima. Suatu hari ni, aku rasa hidup aku dah takda makna. Apa aku buat selamani semua tak kena dekat mata orang, mata hang/kau. Orang yang selamani selalu dapat support motivation dari aku sekarang menghina aku. Mencaci aku. Tak hargai apa yang aku buat. Tak hargai effort aku bila aku cuba bahagiakan hang/kau waktu hang/kau down. Aku nampak orang cakap pasal aku dekat "laman sosial" such as wechat & twitter. Aku ambik keputusan, move on, "ah lantak hang la". Aku rasa sakit sangat. Hati aku berkecai. Ceramuk. Orang lain nampak aku happy, tak pernah tak senyum tapi sebenarnya aku tak pernah pun rasa bahagia. Cuma aku tak tunjuk. Tak tunjuk betapa sakitnya hati aku bila kena hina kena caci kena perli. Yang aku tau hanya dengan buat orang bahagia, tengok kawan kawan aku bahagia pun, dah cukup buatkan aku bahagia. Sampai satu tahap ni, aku dah tak tahan. Aku rasa nak buang semua kemarahan aku yang selamani aku pendam. Aku mula rasa sedih. Muka muram kadang even sometimes takda yang perasan & sometimes ada yang "kenapa hang muram wey?". Jangan tanya aku soalan tu kalau kau lah puncanya. Aku jadi pendiam sometimes. Aku yang selamani selalu bagi support dalam hidup orang dah takdak suara lantang nak bersuara lagi. Aku yang selamani banyak cakap, suka gelak semua tu, dah hilang. Aku lebih suka diamkan diri sampai kekadang aku dah bosan, aku tertidur. Aku try jauhkan diri aku dari orang. Orang yang tak reti nak hargai aku. Orang yang aku sayang, yang aku bagi perhatian lebih, yang aku berjaga jaga bila nak bercakap sebab taknak sakitkan hati orang tu. Aku nak tengok orang tu perlukan aku atau sebaliknya. Akhirnya aku tau. Orang tu dah tak pedulikan aku. Malah lagi cuba menjauhkan diri dari aku. Aku rasa hampa. Lain yang aku harapkan lain yang aku dapat. Aku buat keputusan untuk stay jauhkan diri dari orang tu. Lepastu, orang keliling dia sangka yang lain lain seolah olah aku ni jahat, kejam. Aku sedih weh. Okay sambung balik. Lepastu, aku rasa diri aku dah takdak guna. Orang dah tak perlukan aku lagi. Orang TAK HARGAI  pengorbanan aku selamani. Aku yang selalu korbankan masa untuk semua orang. Aku yang selalu suruh orang tabah dan sekarang diri sendiri tak mampu nak tahankan diri, tabahkan diri. Diri aku dah tak macam dulu. Aku rasa lebih baik aku berubah lagi berubah step by step. Berubah jadi pendiam. Berubah jadi buta bila tengok kesalahan kesedihan orang. Berubah jadi pekak bila dengar kutukan orang. Berubah jadi bisu untuk pertahankan hak diri aku. Dan sekarang orang cakap aku tak guna. Aku ni jahat. Orang cakap aku tinggalkan orang dekat belakang sebab jumpa hidup baru. Orang baru. Bahagia. Bahagiakah aku? Padahal hidup baru aku adalah duka dan derita. Hidup aku tak sama macam dulu tapi lebih teruk k duka aku. Orang tak pernah memahami aku. Aku jugak tak pernah rasa nak bagitau. Dah tau kalau aku bagitau, orang takkan dengar apa aku cuba sampaikan. Kalau ada yang dengar pun, mungkin sekadar ingin tahu dahtu bergossip pasal aku. Yang ada hanyalah kutukan, herdikkan, cacian dan makian. Sekarang, aku stay dengan perubahan diri aku. Aku tulis cerita ni supaya orang semua yang mengenali aku bukak mata tengok dalam dalam dan paham apa yang aku cuba nak sampai, apa yang selama ni aku pendam.Sekarang aku dah berterus terang, aku cuma cakap apa yang aku rasa. Kau jangan memandai nak judge aku kalau kau takda dekat situasi aku! Jangan kau nak mengada ngada "eh gedik minah ni tu pun nak bagitau, nak mintak simpati la tu.". NOPE! Aku bukan nak mintak simpati or what, cuma aku rasa aku dah tak larat nak pendam semua ni, jadi aku nak kongsi serba sedikit apa yang aku tengah rasa sekarang.


Drwsyh.mz